Jangan risau akan jodohmu..
kerana muslimin yang bijaksana,
tidak akan terpaut pada kecantikan,
lirikan senyuman, bicara kata yang manja & menggoda,
atau pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Telah tercatat seungkap nama seorang lelaki di luh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan dengan sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,
Insya'allah, si dia turut berada di jalan yang sama.
No comments:
Post a Comment