Ikhtilat : Percampuran. Pergaulan. Termasuklah pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Hukum asal ikhtilat : Haram.
Hukum ikhtilat boleh berubah mengikut keadaan.
1. HARAM
Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang membawa kepada sentuhan badan, berdua-duaan tanpa mahram di tempat sunyi. dan zina.
2. HARUS
Percampuran antara lelaki dan perempuan yang tiada sentuhan badan, berada dalam jarak yang munasabah dengan menjaga batas syara'.
Termasuk ikhtilat dengan tujuan :
i. Menuntut ilmu.
ii. Mesyuarat.
iii. Solat jemaah.
iv. Pekerjaan.
v. Urusan2 penting yang tidak menyalahi syara'.
3. WAJIB
Percampuran yang berasakan DARURAT yang diyakini.
Contoh :
Lelaki menyelamatkan wanita yang lemas, kemalangan.
Lelaki yang merawat wanita, menguruskan jenazah wanita
Ikhtilat dalam bas yang sesak.
Bertawaf mengelilingi Ka'abah.
dan seumpamanya.
Antara batas yang perlu dijaga di dalam ikhtilat yang HARUS dan WAJIB ialah :
1. Menjaga pandangan mata.
2. Berpakaian mengikut batas syara' - Tudung menutupi rambut, tengkuk, dada, etc. Baju sopan dan menutup aurat serta tidak ketat. Tidak bersolek dengan melampau (tabarruj). Tidak memakai minyak wangi yang terlalu kuat bau.
3. Menjaga kadar suara (bagi wanita) - Tidak terlalu manja dan mengada.
4. Tidak berdua-duaan - Dalam study group, perempuan perlu lebih ramai daripada lelaki kerana ia dapat mengelak fitnah.
Nikah Khitbah
Lelaki dan perempuan berkahwin seperti biasa tetapi tidak tinggal bersama.
Nafkah zahir isteri tidak wajib diberi oleh suami kerana mereka tidak tinggal sebumbung.
Oleh itu, sementara mereka masih berkhitbah, nafkah suami dan isteri ditanggung oleh keluarga masing-masing seperti biasa, seperti sebelum nikah.
Nikah khitbah ialah salah satu solusi bagi pasangan yang ber-couple dan masing-masing mempunyai niat untuk berkahwin, tapi mempunyai kekangan wang, atau masa tidak sesuai untuk berkahwin kerana masih belajar.
Kebanyakan pasangan couple tidak mahu berkahwin kerana mereka perlu tinggal bersama, atau si suami masih tidak mempunyai nafkah untuk diberi kepada isteri, atau mereka masih belajar dan keluarga tidak membenarkan mereka berkahwin sebelum habis belajar.
Oleh itu, nikah khtibah merupakan penyelesaiannya.
Pasangan couple yang sudah suka sama suka dan mempunyai niat untuk berkahwin boleh mengelak daripada terus melakukan ikhtilat haram, dengan menghalalkannya melalui nikah. Masing-masing masih tidak tinggal bersama, tetapi mereka boleh berpegang dan berpeluk seperti pasangan suami isteri biasa. Hal ini bukan sahaja tidak berdosa, malah diberi pahala oleh Allah (insya Allah) kerana mengeratkan hubungan suami isteri. Beban nafkah juga tidak jatuh kepada suami selagi suami belum bersedia untuk menanggung isteri.
Mereka bebas untuk ber-dating, berdua-duaan di tempat sunyi atau terbuka tanpa ditemani mahram, dan melakukan apa-apa perkara yang haram sebelum mereka bernikah.
Apabila pasangan bersetuju untuk tinggal berasingan, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima' \ bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material).
Berkait perkara ini , pandangan Jumhur ulama' ialah nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), jima' (bersetubuh) , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Setakat ini sahaja ilmu yang ada pada saya. Maklumat dipetik daripada :
1. http://www.eperjuangan.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html
2. Kuliah 'Fiqh Ikhtilat' oleh Ustadz Danial Farhan bin Dolmat di Kolej MARA Seremban.
Kalau ada pendapat, pembetulan atau penambahan info sila comment ASAP. Insya Allah, bersama kita mencapai keredhaan Allah SWT.
Wallahu'alam.
( Credit To SYaZWaNi RoHaiZaT )

No comments:
Post a Comment