Monday, 23 April 2012

Pedoman Bersama (I)


Sahabat Fillah...

Saat ALLAH MENCINTAI SESEORANG, tempat pertama menerima sentuhan itu, adalah HATI. Disitulah ALLAH MELENYAPKAN segala RASA PUTUS ASA & KESEDIHAN AKIBAT DOSA MEREKA.
Kemudian, DIGANTIKAN dengan HARAPAN & KEINGINAN UNTUK BERUBAH MENJADI INSAN BERJIWA BERSIH.

Sekiranya hidup mu sering diliputi oleh kegelisahan & masalah yang tak kunjung berakhir, maka jangan pernah menyalahkan keadaan / orang lain, kerana mungkin itu disebabkan oleh dirimu sendiri.
Segeralah mohon keampunan daripada Allah dengan bersungguh2 & perbaikilah diri mu, maka Allah akan memberikan ketenangan & jalan keluar dari masalah mu itu. Insya'Allah.

Terimalah seseorang itu sebagai teman mahupun pasangan dengan seadanya. Jangan terlalu melihat pada kesempurnaannya dalam membuat pilihan di jiwa, kerana bimbang seandainya terlalu bergantung pada kesempurnaannya, kelak jika diri mengetahui kekurangannya, jiwa tidak mampu lagi menerimanya. Terimalah seikhlas hati dalam membina ukhwah sesama saudara, kerana kita semua tidaklah sempurna.




No comments:

Post a Comment