Sunday, 29 April 2012

Panduan Muamalat


Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh ...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Subhanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar’.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Insya'ALLAH.

❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤


Di sini diterangkan batasan-batasan wanita menurut syarak. Moga artikel ini memberi serba sedikit panduan dalam muslimat bermuamalah (berurusan) dengan kaum yang bukan mahram..... "Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan”

Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.

Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.

Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu (melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.


Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32, "Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu.

Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,"Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan olehseseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan.Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."


4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata didalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi. Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.

6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makrufialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.

7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al- Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkannafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.


Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin yang tidak diinginkan oleh lelaki yang jahat, yang tidak menggoyangkan bayangan lelaki yang tidak baik, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana.Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya.Itu pada zaman kenabian.

Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada, masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, didalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?!

Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun??

Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini,perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!

Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa terdekat atau dalam jangka masa panjang


p/s : SemOga Bermanfaat semuanya…Sama2Lah Kita amal2kan apathlagi bila kita telah menggelar diri sebagai seOrg pejuang Islam,InsyaAllah…Elakkan FitnaH,ZahiRkan Islam Yang Sebenar2nya Bermula Dalam Diri Kita Terlebih Dahulu…Serru ‘Ala Barakatillah :) 

❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤

Credit to : UKTHI AZIEE MAWAR BERDURI

Ukhwahfillah


Bukan senang nak cari kawan yang baik.
Bukannya senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

P/S : Berusaha Untuk Menjadi Kawan Yang Baik Kerana Allah...
Andai Benar Ukhwah Kita Kerana Allah,Peganglah Tangan Ini Untuk Kita Sama2 Melangkah Ke Pintu SyuRgaNya,InsyaAllah..

Mencari Teman Sejati Ibarat Mencari Permata Di Sebalik Serpihan Kaca

*•♥ Cinta Menurut Imam Al-Syafie ♥•*


Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. 

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

“Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya” (Pakar Diari Hati)

P/S : RENUNGKAN KATA2 INI "Mengasingkan Diri Lebih Baik Drpd Bergaul Dengan Orang Jahat.Apabila Tidak Kutemui Sahabat Yang Takwa,Lebih Baik Aku Hidup Menyendiri Daripada Harus Bergaul Dengan Orang JahaT"

Muhasabah Diri




BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal kongsikan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan yang ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Credit to : Nur Humaira'

Saturday, 28 April 2012

Antara Cinta & Kawan ( Yang mana paling berharga ? )

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalamtelaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya org yg dicintai, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Kirim ke semua teman awak......dan lihat berapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!! !!!!!

Frenz never break.......

Via Jom Tutup Aurat & Jaga Akhlak =D

Dia Sentiasa Ada Buat Kamu



Kepada ALLAH : aku dalam kesakitan..

Jawabnya : JANGAN PUTUS ASA dengan rahmat ALLAH..

Kepada ALLAH : tiada siapa tahu apa yang ada di dalam isi hatiku..

Jawabnya : Ingatlah ALLAH dalam hatimu, kelak dirimu akan menemui ketenangan..

Kepada ALLAH : ramai org menyakitiku..

Jawabnya : Maafkan mereka & pintalah kemaafan bagi mereka..

Kepada ALLAH : aku rasa keseorangan..

Jawabnya : ALLAH dekat denganmu lebih dari urat/saluran darah..

Kepada ALLAH : dosaku terlalu banyak..

Jawabnya : Mohonlah keampunan daripadaNya, kerana tiada siapa yang memberi keampunan melainkan ALLAH..

Kepada ALLAH: jangan tinggalkan aku

Jawabnya : Jadi, ingatlah ALLAH, DIA akan ingat kamu..

Kepada ALLAH : aku ada banyak mimpi yang ku impikan untuk menjadi kenyataan..

Jawabnya : 'Panggillah ke atas Ku, Aku akan membalas mu'...SUBHANALLAH ^___^

Hati ( Raja Sanubari )



✿   HATI adalah raja kepada anggota badan..



♥    Jika ianya baik, maka baiklah seluruh natijah yang lahir daripada anggota2 kita.

♥    Lantas, jagalah & gilaplah HATI anda.

♥    Hadirkanlah ia dalam setiap majlis tazkirah yang nyata.

♥    Hadirkanlah juga sewaktu membaca Al-Quran & fahamilah setiap kata yang disampaikan olehNya.

♥    Hadirkanlah ia sewaktu dalam solat juga kerana kita sedang berkomunikasi dengan Yang Maha Esa.

Cahaya Illahi





DOSA & MAKSIAT itu merupakan PENGHALANG UTAMA diri kita untuk mendapat rahmat ILMU. Ilmu ALLAH s.w.t. teramat LUAS dan ada CAHAYA padanya.

IMAM AL-SHAFI'I prnh mengadu kpd Waqi' (gurunya) tentang kelemahan beliau dalam menghafal. Lalu diberitahu kepadanya agar MENINGGGALKAN PERKARA MAKSIAT. Dia juga mengatakan bahawa ILMU ialah CAHAYA, dan CAHAYA ALLAH s.w.t. tidak akan diberikan kepada orang yang berbuat maksiat..

✿ܓ..Jangan salahkan Allah kerana TIDAK mendapat hidayah dengan kata-kata seperti ini, "belum sampai seru, tak sampai masa lagi"..kerana hidayah itu BUKAN boleh ditunggu, tapi PERLU DICARI dengan USAHA yang bersungguh-sungguh..✿ܓ

>>> HIDAYAH bagaikan CAHAYA, ia tidak menyapa pada HATI yang tidak dibuka pintunya..(✿◠‿◠)

Friday, 27 April 2012

Pedoman Bersama (IV)



☆。"★。

☆★。 .. Jika ingin mendapatkan yang Baik..

☆。"★。

☆★。 .. Jadikan dirimu Baik..

☆。"★。

... ☆★。.. Jika ingin mendapatkan yang Solehah..

☆。"★。

☆★。 .. Jadikan dirimu Soleh..

☆。"★。

☆★。 .. Jika ingin mendapatkan Imam Yang Baik..

☆。"★。

☆★。 .. Jadilah Makmum Yang Baik..

☆。"★。

☆★。 .. Jangan terlalu sibuk menuntut..

☆。"★。

☆★。 .. Tapi jadilah apa yang kamu tuntut..

☆。"★。

☆★。 .. Jadi fikir2kanlah wahai sayangku...

☆。"★。

☆★。 ..Kerana jodohmu adalah cerminan dirimu..

Pedoman Bersama (III)



¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤




Berkawanlah dengan seorang KAWAN yang ada AGAMA . .



kerana fitrah manusia saling memerlukan sesamanya ,


carilah kawan yang menyempurnakan tapi bukan yang sempurna . .

yang membina dan boleh dipercaya ,

yang ada kefahaman dan cintakan agama ,

dengannya kita kan rasa bahagia ,

bahagia dinasihati dengan nasihat² agama . .


¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤

Wednesday, 25 April 2012

Not Too Far, Not Too Close. Let Islam Be The Bridge.



Ikhtilat : Percampuran. Pergaulan. Termasuklah pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Hukum asal ikhtilat : Haram.
Hukum ikhtilat boleh berubah mengikut keadaan.



1. HARAM
Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang membawa kepada sentuhan badan, berdua-duaan tanpa mahram di tempat sunyi. dan zina.


2. HARUS
Percampuran antara lelaki dan perempuan yang tiada sentuhan badan, berada dalam jarak yang munasabah dengan menjaga batas syara'.


Termasuk ikhtilat dengan tujuan :
i. Menuntut ilmu.
ii. Mesyuarat.
iii. Solat jemaah.
iv. Pekerjaan.
v. Urusan2 penting yang tidak menyalahi syara'.



3. WAJIB
Percampuran yang berasakan DARURAT yang diyakini.


Contoh :
Lelaki menyelamatkan wanita yang lemas, kemalangan.
Lelaki yang merawat wanita, menguruskan jenazah wanita
Ikhtilat dalam bas yang sesak.
Bertawaf mengelilingi Ka'abah.
dan seumpamanya.



Antara batas yang perlu dijaga di dalam ikhtilat yang HARUS dan WAJIB ialah :
1. Menjaga pandangan mata.
2. Berpakaian mengikut batas syara' - Tudung menutupi rambut, tengkuk, dada, etc. Baju sopan dan menutup aurat serta tidak ketat. Tidak bersolek dengan melampau (tabarruj). Tidak memakai minyak wangi yang terlalu kuat bau.
3. Menjaga kadar suara (bagi wanita) - Tidak terlalu manja dan mengada.
4. Tidak berdua-duaan - Dalam study group, perempuan perlu lebih ramai daripada lelaki kerana ia dapat mengelak fitnah.


Nikah Khitbah
Lelaki dan perempuan berkahwin seperti biasa tetapi tidak tinggal bersama.
Nafkah zahir isteri tidak wajib diberi oleh suami kerana mereka tidak tinggal sebumbung.

Oleh itu, sementara mereka masih berkhitbah, nafkah suami dan isteri ditanggung oleh keluarga masing-masing seperti biasa, seperti sebelum nikah.
Nikah khitbah ialah salah satu solusi bagi pasangan yang ber-couple dan masing-masing mempunyai niat untuk berkahwin, tapi mempunyai kekangan wang, atau masa tidak sesuai untuk berkahwin kerana masih belajar.
Kebanyakan pasangan couple tidak mahu berkahwin kerana mereka perlu tinggal bersama, atau si suami masih tidak mempunyai nafkah untuk diberi kepada isteri, atau mereka masih belajar dan keluarga tidak membenarkan mereka berkahwin sebelum habis belajar.
Oleh itu, nikah khtibah merupakan penyelesaiannya.
Pasangan couple yang sudah suka sama suka dan mempunyai niat untuk berkahwin boleh mengelak daripada terus melakukan ikhtilat haram, dengan menghalalkannya melalui nikah. Masing-masing masih tidak tinggal bersama, tetapi mereka boleh berpegang dan berpeluk seperti pasangan suami isteri biasa. Hal ini bukan sahaja tidak berdosa, malah diberi pahala oleh Allah (insya Allah) kerana mengeratkan hubungan suami isteri. Beban nafkah juga tidak jatuh kepada suami selagi suami belum bersedia untuk menanggung isteri.
Mereka bebas untuk ber-dating, berdua-duaan di tempat sunyi atau terbuka tanpa ditemani mahram, dan melakukan apa-apa perkara yang haram sebelum mereka bernikah.
Apabila pasangan bersetuju untuk tinggal berasingan, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima' \ bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material).
Berkait perkara ini , pandangan Jumhur ulama' ialah nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), jima' (bersetubuh) , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.



Setakat ini sahaja ilmu yang ada pada saya. Maklumat dipetik daripada :
1. http://www.eperjuangan.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

2. Kuliah 'Fiqh Ikhtilat' oleh Ustadz Danial Farhan bin Dolmat di Kolej MARA Seremban.

Kalau ada pendapat, pembetulan atau penambahan info sila comment ASAP. Insya Allah, bersama kita mencapai keredhaan Allah SWT.


Wallahu'alam. 
( Credit To SYaZWaNi RoHaiZaT )

Tuesday, 24 April 2012

Pedoman Bersama (II)



Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI..NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lagi  tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semuanya salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang akan diambil, langkah yang akan dimulakan. Perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT & terima saja sedanya apa yang mereka katakan kerana pandangan manusia berbeza-beza. Oleh itu, sabar saja la ye. =D

Kuatkan iman kuatkan hati,
mudah2an dirimu sentiasa diberkati.

Monday, 23 April 2012

Pedoman Bersama (I)


Sahabat Fillah...

Saat ALLAH MENCINTAI SESEORANG, tempat pertama menerima sentuhan itu, adalah HATI. Disitulah ALLAH MELENYAPKAN segala RASA PUTUS ASA & KESEDIHAN AKIBAT DOSA MEREKA.
Kemudian, DIGANTIKAN dengan HARAPAN & KEINGINAN UNTUK BERUBAH MENJADI INSAN BERJIWA BERSIH.

Sekiranya hidup mu sering diliputi oleh kegelisahan & masalah yang tak kunjung berakhir, maka jangan pernah menyalahkan keadaan / orang lain, kerana mungkin itu disebabkan oleh dirimu sendiri.
Segeralah mohon keampunan daripada Allah dengan bersungguh2 & perbaikilah diri mu, maka Allah akan memberikan ketenangan & jalan keluar dari masalah mu itu. Insya'Allah.

Terimalah seseorang itu sebagai teman mahupun pasangan dengan seadanya. Jangan terlalu melihat pada kesempurnaannya dalam membuat pilihan di jiwa, kerana bimbang seandainya terlalu bergantung pada kesempurnaannya, kelak jika diri mengetahui kekurangannya, jiwa tidak mampu lagi menerimanya. Terimalah seikhlas hati dalam membina ukhwah sesama saudara, kerana kita semua tidaklah sempurna.




WaHai WaNiTa SoLeHaH !



Wahai wanita solehah !
Jangan risau akan jodohmu..
kerana muslimin yang bijaksana,
tidak akan terpaut pada kecantikan,
lirikan senyuman, bicara kata yang manja & menggoda,
atau pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.

Telah tercatat seungkap nama seorang lelaki di luh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan dengan sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,
Insya'allah, si dia turut berada di jalan yang sama.

Sunday, 22 April 2012

Puisi "Luahan Perasaan"



Setelah sekian lama kita berkenalan,
Segala cerita telahku kongsikan,
Puisi ini khas buat kenangan,
Hanya untukmu sebagai pedoman.

Setelah sekian lama kita berkenalan,
Ku anggap dikau lebih dari teman,
Dikaulah sahabat sejati yang ku impikan,
Yang sentiasa ada di sepanjang zaman.

Segala kebaikanmu penuh dengan ketulusan,
Walaupun ku tahu tujuan dikau berlainan,
Namun ku endahkan dengan seribu harapan,
Supaya dikau berubah demi kebaikan.

Setelah ku lakukan satu kesalahan,
Dikau terus menindas ku tanpa perasaan,
Tanpa memikirkan kebarangkalian,
Tanpa memikirkan diriku sebagai teman.

Segala ayat yang dikau coretkan,
Telah ku rasa sebagai tamparan,
Walaupun diri ini tetap ingin berkawan, 
Namun dikau tetap hancurkan hubungan.

Ku tahu ku telah lakukan satu kesilapan,
Namun dikau tetap inginkan kemenangan,
Dengan mengungkit segala khilaf yang ku lakukan,
Adakah ini caranya dikau balas jasa teman?

Jangan disorokkan segala ketidakpuasan,
Ku tahu setiap ayat yang dikau lafazkan,
Jangan disorokkan segala kemarahan, 
Ku tahu diriku dalam setiap coretan.

Setelah sekian lama kita berkawan,
Akhirnya ini yang dikau berikan,
Ku tetap teguh dengan pendirian,
Bahawa ini hanyalah khayalan.

Ku susun sepuluh jari atas segala kesilapan,
Tanpa kemarahan dan penuh kesedihan,
Ku pohon daripada mu teman sezaman,
Berhijrahlah demi kebaikan.

Ingatlah wahai teman,
Ku kan terima segala teguran,
Ku kan sentiasa hulurkan bantuan,
Ku kan tetap mendoakan kesejahteraan.

Hanya satu yang ku impikan,
Berhijrahlah teman demi kebaikan,
Hentikanlah segala ketidakpuasan,
Kerana dirimu yang dikau gambarkan.

Ku harap hubungan ini dapat diteruskan,
Bersama-samalah kita menjadikan ia sebagai pedoman,
Semoga dikau berjaya meneruskan kehidupan,
Di dunia, di akhirat, dan sepanjang zaman.


Saturday, 21 April 2012

Me @ Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012

Dengan penuh tekunnya kami mendengar ceramah En. Bakhtiar Fitri.. huhu..
# Saya yg pakai baju kurung warna blue-grey with light blue scarf. ^^ hehe..
Assalam. Pagi tadi daripada pukul 8.30am - 12pm ada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik @ SMKDN. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Siap ada persembahan daripada pelajar SMKDN lagi. Huhuhu. Best giler babe !:D Thanks a lot you guys! Memang terhibur sangat2 sampai hujan ooo. Huhu..


Sebenarnya, ingatkan nak wakilkan ummi daddy je gi sana. Tapi, disebabkan dapat berjumpa dengan cikgu2 & rakan2, ku kuatkan juga semangat untuk melangkah ke sekolah walaupun ada kecederaan fizikal. Alih2 dah sampai sana, " I act la like there's nothing happen to me ". Tapi, dalam tengah senyum & ketawa sebenarnya tengah menahan sakit tu. Huhuhu.. Sabar je la~

Masa majlis belum start, saya sempat bersalam2an dengan cikgu2. Tapi yang x tahannya, bila ada cikgu cakap "Anak dara ni dah boleh kahwin dah ni".. Hahahahaha.. Tersedak den!! Next, ada juga yang cakap, "Amboi, dah macam pengantin la pulak."  Huhu~ Memang tersenyum lebar la saya dibuatnya..heee..=D

(Sabar ye cikgu. Belum time lagi. Esok2, kalau dah 'ada', saya kirimkan la ye~ huhuhu) Part yang lagi best bila ada orang cakap baju kurung saya macam baju orang nak bertunang. Hahahaha!!! :D fuhhhh~ nasib baik la tak pakai inai tadi. Kalau x...........alamatnya memang kena interview la jawabnya~ huhuhu..^_^v  Alang2 nak duduk tadi, ada juga pakcik & anak2 dia yang datang ke arah saya. Ingatkan apa la tadi. Rupa2nya, dia nak menanya, "Minta maaf ye cikgu. Saya nak tanya, tempat duduk anak saya dekat mana ye? " Dengan menahan rasa nak gelak, saya jawab je la kat dia yang saya bukannya cikgu..(tapi akan datang nak jadi cikgu) hehehe.. Tersengih2 pakcik tu.(Xpe pakcik, Senyum Tu kan Sedekah) Huhu..:)


# Wokayh !! Sekian saja untuk entry hari ini. Esok2 saya sambung lagi ya~ Assalam.

Thursday, 19 April 2012

The Ingredients of Happiness

   Everyone wants to be happy, but in reality one meets troubles and hardship. Therefore we need to make tremendous efforts. However, not all people who devote their full energy to their work succeed. Some of them end up incurring heavy debt.

   In order to be happy, we must naturally eat, take good care of our health, exert ourselves in whatever we do,  and always on guard against accidents. But this is still not enough for us to provide happiness. This is precisely why we must pray to our Lord sincerely. Hence, we need to have reflection on the past and determination for the future witrh pure and strong faith which we maintain from day to day.
   
  The true happiness is not a matter of fame but one's state of life. :)
  # That's all for today..& thanks for reading!! will be continued~ bye!!

Wednesday, 18 April 2012

What Allah wants us to do (Derived from The Quran)

Assalamualaikum wbt.


This info is copy pasted from http://lutonmuslims.com/index.php?option=com_content&view=article&id=792:whatallahwantsustodo&catid=43:justdoit&Itemid=63


I havent verified all these with the Quran yet..It might take some time to check everything by myself, so I would reaaally appreciate it if you want to help..
  • Respect and honour all human beings irrespective of their religion, colour, race, sex, language, status, property, birth, profession/job and so on [Al-Qur’an-17/70] 
  • Talk straight, to the point, without any ambiguity or deception [Al-Qur’an-33/70] 
  • Choose best words to speak and say them in the best possible way [Al-Qur’an-17/53, 2/83] 
  • Always speak the truth. Shun words that are deceitful and ostentatious [Al-Qur’an-22/30] 
  • Say with your mouth what is in your heart [Al-Qur’an-3/167] 
  • Speak in a civilised manner in a language that is recognised by the society and is commonly used [Al-Qur’an-4/5] 
  • When you voice an opinion, be just, even if it is against a relative [Al-Qur’an-6/152] 
  • If, unintentionally, any misconduct occurs by you, then correct yourself expeditiously [Al-Qur’an-3/134]. 
  • Be moderate in thy pace [Al-Qur’an-31/19] 
  • Walk with humility and sedateness [Al-Qur’an-25/63] 
  • Keep your gazes lowered devoid of any lecherous leers and salacious stares [Al-Qur’an-24/30-31, 40/19]. 
  • When you hear something malicious about someone, keep a favourable view about him/her until you attain full knowledge about the matter. Consider others innocent until they are proven guilty with solid and truthful evidence[Al-Qur’an-24 /12-13] 
  • Ascertain the truth of any news, lest you smite someone in ignorance and afterwards repent of what you did [Al-Qur’an-49/6] 
  • The believers are but a single Brotherhood. Live like members of one family, brothers and sisters unto one another [Al-Qur’an-49/10]. 
  • When you meet each other, offer good wishes and blessings for safety. One who conveys to you a message of safety and security and also when a courteous greeting is offered to you, meet it with a greeting still more courteous or (at least) of equal courtesy [Al-Qur’an-4/86] 
  • When you enter your own home or the home of somebody else, compliment the inmates [Al-Qur’an-24/61] 
  • Treat kindly - Your parents - Relatives - The orphans - And those who have been left alone in the society [Al-Qur’an-4/36] 
  • Take care of -The needy, -The disabled -Those whose hard earned income is insufficient to meet their needs -And those businesses have stalled -And those who have lost their jobs. [Al-Qur’an-4/36] 
  • Treat kindly your related neighbours, and unrelated neighbours 
  • Companions by your side in public gatherings, or public transportation. [Al-Qur’an-4/36] 
  • Be generous to the needy wayfarer, the homeless son of the street, and the one who reaches you in a destitute condition [Al-Qur’an-4/36] 
  • Be nice to people who work under your care. [Al-Qur’an-4/36] 
  • Cooperate with one another in good deeds and DO NOT cooperate with others in evil and bad matters [Al-Qur’an-5/2] 
  • You should enjoin right conduct on others but mend your own ways first. Actions speak louder than words. You must first practice good deeds yourself, then preach [Al-Qur’an-2/44] 
  • Correct yourself and your families first [before trying to correct others] [Al-Qur’an-66/6] 
  • Pardon gracefully if anyone among you who commits a bad deed out of ignorance, and then repents and amends [Al-Qur’an-6/54, 3/134] 
  • Divert and sublimate your anger and potentially virulent emotions to creative energy, and become a source of tranquillity and comfort to people [Al-Qur’an-3/134] 
  • Call people to the Way of your Lord with wisdom and beautiful exhortation. Reason with them most decently [Al-Qur’an-16/125] 
  • Leave to themselves those who DO NOT give any importance to the Divine code and have adopted and consider it as mere play and amusement [Al-Qur’an-6/70] 
  • In your collective life, make rooms for others [Al-Qur’an-58/11] 
  • When invited to dine, go at the appointed time. DO NOT arrive too early to wait for the preparation of meal or linger after eating to engage in bootless babble. Such things may cause inconvenience to the host [Al-Qur’an-33/53] 
  • Fulfil your promises and commitments [Al-Qur’an-17/34] Keep yourself clean, pure [Al-Qur’an-9/108, 4/43, 5/6]. 
  • Dress-up in agreeable attire and adorn yourself with exquisite character from inside out [Al-Qur’an-7/26] 
  • Seek your provision only by fair endeavour [Al-Qur’an-29/17, 2/188] 
  • Use of things that produce beauty and elegance is lawful. None can proclaim them as unlawful. [Al-Qur’an 7:32] 
  • Always converse in clear, straightforward and decisive language, which contains no ambiguity: [Al-Qur’am 33:70] 
  • Use language, which is recognized by society and commonly used. [Al-Qur’an 4:5] 
  • Avoid all absurdities. One of the qualities of the believers has been stated as [Al-Qur’an23:3] "They avoid vain talk". The word "Laghw" means vain as well as meaningless. In Surah Al-An'aam (6th Chapter of the Qur’an) it is said: (6:151) this includes all sorts of immodesties even an immodest talk __ as it arouses lewd passions. 
  • When you go out, DO NOT allow your gaze to become bold and daring. This has been ordained both for men as well as women) always ponder over things: see, hear, comprehend and then make decisions intellectually. [Al-Qur’an7:179] 
  • When you hear a good thing, act upon it; and when you hear an absurd one keep yourself away from it. [Al-Qur’an2:285] 
  • When you meet each other, offer good wishes and blessings for safety. Thus it is said: (4:86) "One who conveys to you a message of safety and security and also when a courteous greeting is offered to you, meet it with a greeting still more courteous or (at least) of equal courtesy. When you enter your own house or the house of somebody else, compliment the inmates. [Al-Qur’an 24:61] 
  • Extend kind and good behaviour to your parents kinsfolk, orphans, neighbours, friends, travellers and those serving under you:[Al-Qur’an 4:36] 
  • "Co-operate with one another in good and virtuous matters consistent with the Divine Laws and DO NOT co-operate in evil and bad matters."[ Al-Qur’an 5:2] 
  • Observe assembly etiquettes while sitting in and leaving. [Al-Qur’an 58:11] 
(Note : commandments relating to Salat, Zakat, Fasting & Hajj have been left as they are commonly known)


Wallahu'alam.


Credit To SYaZWaNi RoHaiZaT =D

Ikhlaskan Semuanya & Dekatilah Allah S.W.T


.♥¸.•✿´¯ Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t. ♥¸.•✿´¯ 

♥::♥ agar tunduk disaat yang lain angkuh.  ♥::♥ agar teguh disaat yang lain runtuh.
♥::♥ agar tegar disaat yang lain terlempar.

"Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU."

Jika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah..
Jika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah.. 
Jika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.. 

.♥¸.•✿´¯ Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t. ♥¸.•✿´¯

Puisi Puteri Di Alam Remaja



Hati berbisik tidak terperi,
usahkan kata hati merindu,
biarlah diri menanggung sendiri,
kerana dia yang ku rindu,
tidak tahu akan perasaanku..

Dalam diam hati berbicara,
siapakah gerangan yang ku rindui ?
aku tersentak mendengar kata,
ayah dan bonda memanggil namaku..

Selama setahun kami berkawan,
banyak kenangan yang tak dapat kunafikan,
jika diceritakan semula memori kenangan,
sudah tentu ramai yang akan senyum tertawan..

Aku selalu terbayangkan wajahnya,
adakah dia mempunyai hati dan perasaan yang sama ?
adakah semuanya hanyalah lakonan semata-mata ?
setiap detik aku cuba tidak memikirkannya,
namun, hatiku tetap merindukan dirinya..

Apa kan daya..
'si putera' mempunyai cita rasanya yang tersendiri,
aku duduk bersendirian membayangkan apa yang harusku lakukan,
berbagai cara ku terima dari bibit teman,
namun, semuanya telahku jadikan sebagai pedoman..

Sampai satu masa, 'si puteri' ingin meluahkan perasaan,
tetapi 'puteri' malu dan takut untuk menerima kesudahan..
'Puteri' berdiam diri tidak bertegur sapa,
walaupun dia tidak dapat melupakan si 'dia',
namun hasrat di hati tetap ingin melepaskannya, 
demi masa depan dan kasihnya terhadap Yang Maha Esa...
lantas, dia bertawakkal dan hanya mengharapkan yang terbaik buat dirinya dan 'si dia'..
semoga doa yang dikirimkan sentiasa bersama buat kedua-duanya, sejahtera dan dirahmati sepanjang masa..

Khas Buat Teman


*♥*•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.• *♥*

Teruskanlah membuat kebaikan , walaupun tidak ramai yang mengenalmu..
Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat, hingga membuat tubuh menjadi tetap hidup..
Dengan begitu kehidupan yang akan di jalani tidaklah menjadi sebuah pilihan, tetapi menjadi sebuah keputusan..

*♥*•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.• *♥* 

*♥* ♥♥•.¸¸.•*♥(¸.•'´*...*...*...* (¸.•(。◕‿◕。)•.¸)*...*...*...*`'•.¸...) ♥*•.¸¸.•♥♥

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya."
( Hadis Riwayat Al-Khatib )

*♥* ♥♥•.¸¸.•*♥(¸.•'´*...*...*...* (¸.•(。◕‿◕。)•.¸)*...*...*...*`'•.¸...) ♥*•.¸¸.•♥♥

11 Rules For A Better Life


  1. NEVER HATE, purify your Heart.
  2. DON'T WORRY, rely on Allah 
  3. LIVE SIMPLE, life will be easy, Insya'Allah 
  4. DON'T EXPECT TOO MUCH, be happy with whatever you got, say Alhamdulillah 
  5. MORE YOU GIVE, MORE YOU GET, you will be blessed, InsyaAllah 
  6. ALWAYS SMILE, smile is a charity, others will feel happy when with you 
  7. LIVE WITH LOVE, love others for the sake of Allah 
  8. MORE YOU PRAY, the more you pray you will get blessed 
  9. SHARE YOUR KNOWLEDGE, even if you know one verse from the Holy Quran. 
  10. REMEMBER ALLAH OFTEN, your heart will feel the rest. 
  11. Before you sleep, CONTEMPLATE what you've done that day & think of ways to correct the wrongs you've done, to amend the mistakes you've made.. 
# May Allah make us a better person with good beginnings and endings in our lives.
= Salam Ukhwah Fillah =

Hati Seorang Muslimah


★════ ●❤● ══════★★═══════ ●❤● ═════★

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya.

★════ ●❤● ═════★★══════ ●❤● ═════★

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

★═══ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══★

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..

★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★═══════★

Ketika hati seorang Muslimah terluka..
Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya..

★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★═══════★

Allah..

★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★═══════★

Tuesday, 17 April 2012

Determination for year 2012



To be an 'A' list student in every semester.

Excellent in studies & societies.

No more last minutes study !

Concentrate in the class.

Have a self-confidence, no nervous !

To be a good child (well behaved).

Success in life !

..Inspirational quotes..

BURN THE MIDNIGHT OIL! ( Study Hard )
Be THE BEST Among THE BEST !
Study SMART, NOT study HARD.
THINK of Today,
CHERISH the Past,
DREAM of Tomorrow.
Remember Allah ALWAYS !
B S I C U B4. ( Stay The Same )
DREAMS WOULD BE MEANINGLESS WITHOUT COURAGE !

# This is my guide for myself. I hope it helps you guys too. :)