Thursday, 3 May 2012

Niat Di Hati Ini...

Ingin menjejakkan langkah ke Al-Madinah Al -Munawwarah, اَلْمَدِينَة اَلْمَنَوَّرَة 
(tanah suci @ tanah haram ke-2 bagi umat Islam selepas Makkah Al-Mukarramah).



Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Sesungguhnya, ia (Madinah) ini adalah juga tanah haram yang aman." [HR. Ahmad & Muslim]



Fadhilat Al-Madinah, اَلْمَدِينَة 

Rasulullah S.A.W telah berdoa untuk Al-Madinah dengan bersabda, "Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Al-Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kami kepada Makkah, atau lebih daripada itu. Bersihkanlah & berkatilah makanan & bekalannya & gantilah wabak penyakitnya dengan juhfah." [HR. Al-Bukhari]

Rasulullah juga pernah bersabda : "Barang siapa yang meninggal dunia di Madinah, maka redhalah dengan kematian itu. Sesungguhnya, aku akan menjadi saksi bagi orang yang meninggal dunia di dalamnya." [ HR. Ibn Majah]

Umar juga pernah berdoa dengan memohon "Ya Allah, kurniakanlah kepadaku syahid di jalanMu & jadikanlah tempat matiku di negeri RasulMu." [Athar Riwayat Al-Bukhari]


Al-Madinah, اَلْمَدِينَة juga digelar At-Thayyibah & At-Thabah yang bermakna baik.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya ia (Madinah) adalah Thayyibah. Ia dapat menghapuskan dosa sebagaimana api dapat menghapuskan kekotoran perak." [HR. Muslim]

Subhanallah. Jika dihayati setiap sabda Rasulullah S.A.W & hadith2nya, begitu banyak fadhilat bagi para umat untuk berada di Madinah. Alhamdulillah. Mudah2an, diriku serta saudara2 Islamku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini, demiMu Ya Allah, & demi negeri RasulMu. Ku mohon semoga niatku ini dimakbulkan olehMu, Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin.

"Semoga kesejahteraan ke atasmu, wahai penghuni kubur dari golongan mukmin & muslimin. Sesungguhnya, kami insya'Allah akan menyusul kamu."

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment