Diriwayatkan oleh Ka'ab & Abu Hurairah bahawa mereka datang & bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Siapakah yang paling pintar, paling berbakti, & paling utama ?"
Rasulullah S.A.W menjawab, "Orang yang berakal."
kerana setiap sesuatu mempunyai alat & alat orang mukmin ialah akal.
& setiap kamu mempunyai pemimpin & pemimpin orang mukmin adalah akal.
Saidatina Aisyah berkata : "Akal itu mempunyai 10 bahagian, 5 bahagian nampak & 5 bahagian lagi tersembunyi."
Adapun yang nampak ialah :
Pertama : Diam. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa diam, maka selamatlah dia.
Barangsiapa banyak bicaranya, maka banyaklah pula kesalahannya."
Kedua : Sabar.
Ketiga : Rendah hati. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa berendah hati, ALLAH akan mengangkat darjatnya & barangsiapa yang sombong, ALLAH akan merendahkan darjatnya."
Keempat : Takut kepada ALLAH.
Kelima : Mengawal hawa nafsu.
"Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atas engkau ( yang baik atau yang jahatnya )."
( Dari Hadith Mu'adh bin Jamal )
Doa Supaya Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dari doa yang tidak diperkenankan.
Firman Allah S.W.T Surah Al-Imran, Ayat 7 :
"Mereka berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
Amin Ya Rabbal A'lamin